CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 21, 2008

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah berjaya menyiapkan blog ilmiah SKPD 2063 Urbanisasi & Pembangunan Bandar walaupun saya dan ahli kumpulan saya (Sabariah dan Siti Juhazimah) terpaksa bersengkang mata bagi menyiapkannya. Saya tidak menafikan bahawa kami memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi bagi menghasilkan satu blog ilmiah yang mampu memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pembaca. Hanya pembaca sahaja yang berhak menilai hasil kerja kami.Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah SKPD 2063, iaitu Prof. Madya Dr. Hamzah selaku ketua penyelaras projek ini, dan Puan Masitah yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami. Segala budi yang dicurahkan amat kami hargai. Tidak lupa juga penghargaan kami berikan kepada tutor kursus ini iaitu Cik Noordeyana yang juga banyak membantu meningkatkan pemahaman kami dan membantu kami dalam menyiapkan blog ini.Kepada ahli kumpulan saya, iaitu Sabariah dan Siti Juhazimah, terima kasih saya ucapkan di atas kerjasama yang diberikan kepada saya. Saya amat bersyukur dan bertuah kerana saya dapat bekerjasama dengan kalian semua. Kalian memang best!!!. Harap-harap kita dapat bekerjasama lagi pada sem depan. Kepada keluarga di kampung, terima kasih kerana memberi sokongan dan dorongan kepada saya dalam bentuk bantuan kewangan bagi saya menyiapkan projek ini dengan jayanya. Seterusnya, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada semua ahli kelas sekiranya terdapat salah silap sepanjang mengambil kursus ini, dan bagi ahli kumpulan saya, saya ingin memohon maaf sekiranya sepanjang bekerjasama dengan kalian, ada terkasar bahasa secara sengaja atau tidak sengaja harap dimaafkan dan tidak disimpan dalam hati. Semoga Maju Jaya dan Selamat Bercuti.

Thursday, November 20, 2008

PENGENALAN KEPADA ANALISIS KAJIAN

Tugasan yang kami lakukan sebenarnya berkenaan perspektif awam terhadap tahap keefisienan bandar di kawasan pihak berkuasa tempatan di daerah sepang....dalam borang soal selidik merangkumi lima bahagian utama iaitu:
  • Bahagian A: Latar belakang respondan
  • Bahagian B: Tahap keefisienan bandar
  • Bahagian C: Rangking tahap keefisienan bandar mengikut kawasan pihak
  • berkuasa tempatan
  • Bahagian D: Pengalaman berdepan ketidak-efisienan bandar
  • Bahagian E: Pendangan umum penduduk tentang keefisienan bandar

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN

I. DEMOGRAFI
Dalam bahagian ini diterangkan data demografi responden berdasarkan kajian yang telah dilakukan keatas bandar SEPANG LAMA, BANDAR BARU SALAK TINGGI DAN DENGKIL. Antara data demografi yang diambil ialah berdasarkan item seperti berikut:

  • JANTINA
  • UMUR
  • BANGSA
  • TAHAP PENDIDIKAN
  • NEGERI ASAL
  • TEMPAT TINGGAL SEMASA
  • TEMPOH MENETAP DI KEDIAMAN SEMASA
1. JANTINA


2. UMUR

Terdapat pelbagai umur di kalangan respondan kami. Umur yang paling ramai ialah yang berusia 27 tahun dan 32 tahun masing-masing 4 orang atau 8.9 peratus, diikuti umur 33 tahun seramai 3 orang atau 6.7 peratus..manakala paling sedikit berumur antara 1 hingga 65 tahun seramai seorang atau 2.2 peratus dan selebihnya boleh lihat pada jadual di bawah..

3.BANGSA
Dalam kategori bangsa, terdapat 4 jenis bangsa utama sahaja iaitu:

  • MELAYU
  • CINA
  • INDIA
  • LAIN-LAIN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, bilangan bangsa melayu paling ramai iaitu 28 orang sebanyak 62.2 peratus, bangsa cina pula seramai 8 orang iaitu sebanyak 17.8 peratus manakala bagi bangsa india paling sekidit seramai 7 orang iaitu 15.6 peratus dan selebihnya kaum lain seramai 2 orang iaitu 4.4 orang.


4. TAHAP PENDIDIKAN
Majoriti responden mempunyai tahap pendidikan diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) seramai 19 orang respondan mempunyai SPM iaitu sebanyak 42.2 peratus. Kedua tertinggi ialah tahap pendidikan adalah PMR/LCE/SPR seramai 12 orang iaitu 26.7 peratus. Manakala yang terendah ialah respondan yang memiliki tahap pendidikan STPM, ijazah lanjutan dan lain-lain adalah seramai 2 orang sebanyak 4.4 oeratus..serta lain paling akhir yang tidak mempunya tahap pendidikan hanya seorang iaitu 2.2 peratus

5. NEGERI ASAL

Majoriti respondan berasal dari negeri Selangor. Jumlah penduduk asal paling tinggil ialah di negeri selangor sramai 21 orang atau 46.7 peratus manaka kedua tertinggi dari negeri Sembilan seramai 6 orang iaitu 6.7 peratus manakal ketiga tertinggi ialah Indonesia, Johor, dan Terengganu masing-masing seramai 3 orang atau 13.3 peratus dan selebihnya dari negeri Kelantan, Perak, seramai 2 0rang atau 4.4 peratus seterusnya bagi negeri , Kedah, Sabah dan India masing-masing seorang atau 2.2 peratus.