CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 14, 2008

Penduduk Malaysia

TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA
Kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap sumber-sumber alam di Malaysia.
Taburan penduduk yang berbeza antara kawasan padatdengan kawasan jarang memberikan kesan yang berbeza terhadap sumber-sumber alam di kawasan tersebut. Diantaranya ialah:
1) Tekanan terhadap sumber khususnya sumber tanah.
Kawasan berkepadatan seperti kawasan pantai barat semananjung khususnya yang menjadi tumpuan penduduk seperti di bandar-bandar besar saiz tanahnya menjadi semakin sempit. Perebutan guna tanah untuk petempatan, perindustrian, pengangkutan, perniagaan menyebabkan skala tanah menjadi semakin berkurangan. Seterusnya meningkatkan harga tanah. Disesetengah kawasan pantai barat khususnya di Selangor dan Perak, banyak kawasan tanah pertanian lading getah dan kelapa sawit telah diambil alih untuk dijadikan “estat perumahan” dan “estat perindustrian” bagi menampung keperluan penduduk yang ramai di kawasan tersebut. Dengan itu, ia memberikan pula tekanan kepada sumber-sumber pertanian saiz tani semakin lama, semakin sempit yang kelak boleh menjejaskan produktivitinya.
2) Kepupusan/kehabisan sumber-sumber
Sumber-sumber alam yang ada diancam kepupusan akibat eksploitasi yang berlebihan oleh penduduk yang ramai. Misalnya suber bijih timah di pantai barat sudah hampir pupus. Tumpuan kaum cina di kawasan perlombongan semenjak abad ke-19 lagi menyebabkan sumber-sumber bijih timah berterusan dieksploitasi. Bijih timah dikelaskan sebagai sumber alam yang tidak boleh ganti. Oleh itu, kadar eksploitasi yang berlebihan menyebabkab stoknya akan habis begitu juga dengan sumber-sumber hutan. Hutan-hutan terpaksa dinyahkan untuk pembinaan kawasan perumahan dan industri bagi menampung keperluan penduduk. Akibatnya hutan kehilangan sumber fauna dan floranya,kemusnahan rantaian makananya, ekosistem serta kehilangan habitat biodiversitinya.
3) Pencemaran dan kerosakan sumber
Sumber-sumber dan air tercemar di kawasan menjadi tumpuan penduduk. Misalnya pencemaran air sungai Gombak dan Klang akibat tumpuan setinggan di sepanjang tebingnya. Kadar pencemaran sumber biasanya sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk. Sumber air tercemar melalui pembuangan sisa domestik seperti sampah sarap, enfluen industri dan lain-lain. Sumber udara di bandar pula tercemar akibat pelepasan bahan-bahan pencemar khususnya karbon monoksida, sulfur dioksida, karbon dioksida, hidro karbon di samping partikal-partikal terampai seperti debu, habuk, asap jelaga dan sebagainya oleh industri dan kenderaan. Selain itu, sumber tanah pula mengalami hakisan dan runtuhan akibat penerokaan yang berlebihan oleh penduduk khususnya dalam proses pembinaan petempatan
4) Pembaziran sumber.
Bagi kawasan yang jarang penduduk maka sumber-sumber ada akan terbiar begitu sahaja kerana kekurangan tenaga buruh untuk mengusahakannya, misalnya sumber tanah. Banyak kawasan luar bandar di Malaysia seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang terbiar tanpa diusahakan . Sumber-sumber pertanian dan perikanan juga mengalami krisis tenaga. Sumber-sumber tersebut tidak dapat dibangunkan akibat migrasi golongan muda secara beramai-ramai ke bandar besar. Dalam kes sumber pertanian, Malaysia mengalami krisis tenaga buruh dalam sector perladangan getah dan kelapa sawit sehingga terpaksa menggunakan tenaga buruh import dari Indonesia. Sector perladangan dianggap sebagai sektor yang kritikal mengalami krisis tenaga manusia.
Kesan positif seperti pembangunan sumber akan meningkat.
Di sesuatu kawasan yang berkepadatan penduduk tinggi, sumber-sumber alam yang ada boleh dibangunkan dengan cepat dan cekap oleh kerana adanya penawaran tenaga buruh yang ramai dan murah. Sebagai contoh, sumber bijih timah pada zaman dahulu boleh di usahan dan dimajukan hanya dengan kebanjiran migran Cina ke kawasan pantai barat semenanjung. Begitu juga dengan sumber petroleum pada masa kini, sama ada di Kertih atau di Miri, Sarawak boleh dimajukan dengan adanya penduduk yang ramai di kawasan tersebut yang menyediakan tenaga kerja yang mencukupi.

Sunday, August 10, 2008

Rasonal bandar baru

Rasional pembentukan Bandar Baru Putrajaya sebagai bandar pentadbiran dan Bandar Baru Bangi sebagai bandar pendidikan mempunyai matlamtnya yang tersendiri. Bagi membentuk bandar-bandar tersebut, pihak kerajaan Malaysia telah mengadakan perancangan kemajuan bandar yang begitu terancang bagi mewujudkan sebuah bandar yang digelar dengan bandar pentadbiran dan pendidikan yang memenuhi ciri-ciri yang di lengkapi dengan pelbagai kemudahan social, utiliti dan infrastrukturnya untuk tempoh jangka masa yang panjang. Contohnya Bandar putrajaya sebagai pusat kepada pentadbiran kerajaan Malaysia telah mengangkat darjat dan harakah bangsa Malaysia sebagai bangsa yang bertamadun. Peralihan pusat pentadbiran daripada Kuala Lumpur ke Putrajaya menjadi bandar pentadbiran yang mempunyai banyak rasional dan kebanyakannya memberi manfaat yang begitu banyak kepada para penduduk begitu juga dengan kewujudan Bandar Baru Bangi sebagai bandar pendidikan. Rasional pembentukan bandar baru tersebut yang pertama adalah, bagi mengurangkan pencemaran. Aktiviti perindustrian yang berpusat di Kuala Lumpur telah menyebabkan kejadian pencemaran yang semakin meningkat. Tambahan pula asap-asap kenderaan yang telah dikeluarkan oleh kereta penduduk yang terlalu ramai memiliki kenderaan. Tetapi setelah wujudnya bandar baru ini kesan pencemaran semakin berkurangan ekoran daripada wujudnya perkhidmatan awam seperti komuter. Rasional pembentukan bandar baru yang seterusnya ialah mengurangkan kepadatan penduduk di Kuala Lumpur. Perpindahan kawasan pentadbiran dan pendidikan telah menyebabkan sebilangan penduduk turut berpindah ke kawasan baru bagi memenuhi komitmen pekerjaan masing-masing. Perkara ini telah mengurangkan kepadatan penduduk di Kuala Lumpur. Rasional yang ketiga ialah bagi mengurangkan pengangguran yang telah berleluasa di Malaysia. Dengan kewujudan bandar baru, maka banyaklah peluang-peluang pekerjaan yang wujud. Sebagai contoh, di Putrajaya terdapat 16 Jabatan di Kementerian Kerajaan. Jabatan-jabatan ini sudah tentunya memerlukan pekerja yang ramai. Keadaan yang sama juga turut berlaku di kawasan Bandar Baru Bangi iaitu pembukaan pelbagai tempat pendidikan seperti Universiti Kebangsaan Mlaysia, Institut Latihan Kehakiman dan sebagainya telah menyebabkan banyak peluang kerja di tawarkan. Oleh yang demikian, kadar pengangguran dapat dikawal dengan kewujudan kedua-dua buah bandar. Rasional yang keempat ialah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang telah berlaku di Kuala Lumpur. Seperti yang telah kita ketahui, pusat pentadbiran yang selama ini berpusat di Kuala Lumpur telah menyebabkan penduduk lebih tertumpu di kawasan Kuala Lumpurmengalami kesesakan lalu lintas yang amat teruk. Tetapi setelah pusat pentadbiran berpindah ke Putrajaya, kesesakkan lalu lintas yang berlaku dapat dikuranjan. Kewujudan Bandar Baru Bangi sebagai bandar pendidikan juga sedikit sebanyak telah mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dimana para pelajar dan kakitangan universiti tidak lagi perlu bertumpu di pusat bandar iaitu Kuala Lumpur. Keseragaman pentadbiran boleh dicapai sekiranya sesuatu pentadbiran itu berada berpusat di satu kawasan yang sama. Hal ini akan menyebabkan pentadbiran negara dapat berjalan dengan lancar dan berkesan dan seterusnya dapat memudahkan aktiviti pentadbiran serta dapat menjalankan pengkhususan kerja dengan licin dan mudah tanpa menghadapi sebarang masalah. Pentadbiran yang seragam akan mewujudkan satu pentadbiran yang cekap dan berkesan. Tujuan inilah yang menyebabkan anasir luar takut untuk menjadikan negara kita sebagai tanah jajahan.

laporan tutorial urbanisasi

Semasa kelas tutorial urbanisasi pada 4 ogos lalu, pelajar dalam set tersebut bersama pengajar telah membincangkan mengenai impak-impak berhubung proses pembandaran terhadap sesebuah kawasan.dalam perbincangan tersebutpelbagai idea-idea yang dilemparkan bagi menjawab persoaln impak proses pembandaran ke atas sesebuah kawasan..secara mata kasarnya,proses pembandaran ini memenag mendatangkan impak samada dari segi positif mahupun negatif..
Memang tidak dinafikan bahawa proses pembandaran adalah penting bgi menggerakkan dan memajukan sesebuah bandar samaada dalm malaysia atau luar malaysia bagi memstikan negara tersebut membangun...

Sunday, August 3, 2008

apa itu bandar baru??

Menurut Frederick J. Osborn (dalam Goloni, 1976;25) , definisi Bandar baru dikaitkan dengan istilah ‘Bandar Taman’ iaitu sebuah Bandar yang direka atau dirancang untuk memenuhi keselesaan kehidupan penduduk mengikut saiz yang ditetapkan, mempunyai kawasan industri, dikelilingi kawasan desa yang kebanyakannya dipunyai oleh orang awam. Osborn dan whittick (1963; 126) menggariskan bahawa Bandar baru merupakan:
i. satu pola penempatan Bandar yang dirancang, direka dan di bina dengan sepenuhnya elemen-elemen penempatan yang lengkap tanpa menetapkan saiz. Saiznya adalah bergantung kepada sejauh mana fungsi dan unjuran pembangunan yang dicadangkan.
ii. satu perancangan untuk mastyarakat mengikut saiz dan kepadatanpenduduk yang optimum serta mempunyai garis panduan perancangan.
iii. mempunyai pemilikan tanah sama ada secara hak milik sendiri, awam,kerajaan atau swasta.

Terdapat empat ciri lagi yang menerangkan tentang definisi Bandar baru mengikut Unit Penyelidikan Sosial Bangsa-Bangsa Bersatu (1960) iaitu:
i. dibina di sebuah kawasan yang belum dibangunkan atau diusahakan oleh mana-mana pihak secara menyeluruh.
ii.Merupakan satu perkembangan kumpulan kecil masyarakat sedia wujud yang berpotensi dalam pembangunan iaitu kearah pembangunan Bandar yang sepenuhnya.
iii.Mempunyai kemampuan untuk mengekalkan peningkatan perkhidmatan yang diperlukan.

iv. Merupakan satu penyerapan kumpulan kecil masyarakat sedia ada ke dalam Bandar

Konsep bandar baru

Perancangan fizikal sesebuah Bandar adalah bergantung kepada keadaan sesebuah tempat itu. Secara umumnya Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur sudah tidak lagi dapat menampung penduduk yang kian bertambah dan dengan itu adalah perlu penubuhan Bandar-bandar baru supaya pembangunan dapat diarahkan keluar dari Kuala Lumpur yang telah sesak ini. Objektif ini terkandung dalam Rancangan Malaysia Ketiga dan Keempat, iaitu untuk mengawal sesebuah kawasan metropolitan daripada pertumbuhan yang berlebihan.Strategi kerajaan dalam membangunkan sesebuah Bandar ialah untuk menyeimbangkan wilayah-wilayah dari segi kemudahan Bandar dan juga dari segi pendapatan. Dengan ini perlulah dibangunkan pusat-pusat Bandar di negeri-negeri yang kurang maju dan mengadakan hubungan yang lebih bermakna antara wilayah-wilayah. Pembukaan Bandar baru adalah didorong oleh perkembangan penduduk yang meningkat ketahap maksimum yang berlaku di Bandar-bandar sedia ada. Ebenezer Howard (1928-1950) telah menemui satu konsep bagi mengawal atau mengehadkan perkembangan sesebuah Bandar iaitu dengan mencadangkan satu pusat bagi setiap kawasan yang telah ditentukan serta bilangan penduduk yang terhad (Osborn, 1963:476) beliau mencadangkan bilangan yang optimum seramai 30 ribu orang dan pusat Bandar yang dirancang perlu mengandungi empat prinsip asas iaitu:i. pengehadan penduduk dan kawasan;ii.pelbagai peluang ekonomi dan berdikari;iii.pembukaan Bandar di kawasan yang baru;iv.pengawalan dan perancangan guna tanah.Keseluruhannya idea beliau lahir daripada konsep ‘bandar taman’ yang bertujuan untuk memenuhi kehendak dan keselesaan penduduk.

assalamualaikum..


hai semua...ini merupakan blog penyelidikan saya..terlebih dahulu saya memperkenalkan diri saya.nama empunya diri ialah zaima binti said merupakan anak kelahiran kelantan dari program sains pembangunan dan merupakan pelajar tahun 2 di UKM ini..saya ingin melahirkan rasa syukur kepada Illah kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya meneruskan pembelajaran saya pada semester ini..pada semester ini,saya diberi tugas menyedikan satu blog penyelidikan bagi subjek urbanisasi pembangunan...bagi menympurnakan blog ini,saya harus banyak menjalankan penyeldikan tentang pmbandaran di sekitar saya dan mengetahui isu-isu yang berkaitan denganya..saya harap semua pensyarah yang terlibat dapat memberi yunju ajar kepada saya...akhir sekali,,kepada semua lawat la ke blog saya ini....terima kasih

assalamualaikum....

selamat datang ke blog penyelidikan saya..nama saya zaima binti said merupakan pelajar tahun 2 dari program sains pembangunan...di kesempatan ini saya ingin mengucapkan rasa syukur kepada Illahi kerana terus dapat meneruskan sesi pembelajaran saya untuk semester ini..Bagi subjek urbanisasi pembangunan ini,saya diberi tugasan iaitu menyediakan satu blog penyelidikan..saya harap dapat menyempurnakan blog ini dengan sempurna..diharap semua pensyarah yang terlibat dapat memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyempurnakan blog ini dan juga dalam proses pembelajaran..kepada semua jangan lupa lawat la ke blog saya ini..

welcome to all...