CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 21, 2008

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah berjaya menyiapkan blog ilmiah SKPD 2063 Urbanisasi & Pembangunan Bandar walaupun saya dan ahli kumpulan saya (Sabariah dan Siti Juhazimah) terpaksa bersengkang mata bagi menyiapkannya. Saya tidak menafikan bahawa kami memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi bagi menghasilkan satu blog ilmiah yang mampu memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pembaca. Hanya pembaca sahaja yang berhak menilai hasil kerja kami.Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah SKPD 2063, iaitu Prof. Madya Dr. Hamzah selaku ketua penyelaras projek ini, dan Puan Masitah yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami. Segala budi yang dicurahkan amat kami hargai. Tidak lupa juga penghargaan kami berikan kepada tutor kursus ini iaitu Cik Noordeyana yang juga banyak membantu meningkatkan pemahaman kami dan membantu kami dalam menyiapkan blog ini.Kepada ahli kumpulan saya, iaitu Sabariah dan Siti Juhazimah, terima kasih saya ucapkan di atas kerjasama yang diberikan kepada saya. Saya amat bersyukur dan bertuah kerana saya dapat bekerjasama dengan kalian semua. Kalian memang best!!!. Harap-harap kita dapat bekerjasama lagi pada sem depan. Kepada keluarga di kampung, terima kasih kerana memberi sokongan dan dorongan kepada saya dalam bentuk bantuan kewangan bagi saya menyiapkan projek ini dengan jayanya. Seterusnya, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada semua ahli kelas sekiranya terdapat salah silap sepanjang mengambil kursus ini, dan bagi ahli kumpulan saya, saya ingin memohon maaf sekiranya sepanjang bekerjasama dengan kalian, ada terkasar bahasa secara sengaja atau tidak sengaja harap dimaafkan dan tidak disimpan dalam hati. Semoga Maju Jaya dan Selamat Bercuti.

Thursday, November 20, 2008

PENGENALAN KEPADA ANALISIS KAJIAN

Tugasan yang kami lakukan sebenarnya berkenaan perspektif awam terhadap tahap keefisienan bandar di kawasan pihak berkuasa tempatan di daerah sepang....dalam borang soal selidik merangkumi lima bahagian utama iaitu:
  • Bahagian A: Latar belakang respondan
  • Bahagian B: Tahap keefisienan bandar
  • Bahagian C: Rangking tahap keefisienan bandar mengikut kawasan pihak
  • berkuasa tempatan
  • Bahagian D: Pengalaman berdepan ketidak-efisienan bandar
  • Bahagian E: Pendangan umum penduduk tentang keefisienan bandar

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN

I. DEMOGRAFI
Dalam bahagian ini diterangkan data demografi responden berdasarkan kajian yang telah dilakukan keatas bandar SEPANG LAMA, BANDAR BARU SALAK TINGGI DAN DENGKIL. Antara data demografi yang diambil ialah berdasarkan item seperti berikut:

  • JANTINA
  • UMUR
  • BANGSA
  • TAHAP PENDIDIKAN
  • NEGERI ASAL
  • TEMPAT TINGGAL SEMASA
  • TEMPOH MENETAP DI KEDIAMAN SEMASA
1. JANTINA


2. UMUR

Terdapat pelbagai umur di kalangan respondan kami. Umur yang paling ramai ialah yang berusia 27 tahun dan 32 tahun masing-masing 4 orang atau 8.9 peratus, diikuti umur 33 tahun seramai 3 orang atau 6.7 peratus..manakala paling sedikit berumur antara 1 hingga 65 tahun seramai seorang atau 2.2 peratus dan selebihnya boleh lihat pada jadual di bawah..

3.BANGSA
Dalam kategori bangsa, terdapat 4 jenis bangsa utama sahaja iaitu:

  • MELAYU
  • CINA
  • INDIA
  • LAIN-LAIN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, bilangan bangsa melayu paling ramai iaitu 28 orang sebanyak 62.2 peratus, bangsa cina pula seramai 8 orang iaitu sebanyak 17.8 peratus manakala bagi bangsa india paling sekidit seramai 7 orang iaitu 15.6 peratus dan selebihnya kaum lain seramai 2 orang iaitu 4.4 orang.


4. TAHAP PENDIDIKAN
Majoriti responden mempunyai tahap pendidikan diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) seramai 19 orang respondan mempunyai SPM iaitu sebanyak 42.2 peratus. Kedua tertinggi ialah tahap pendidikan adalah PMR/LCE/SPR seramai 12 orang iaitu 26.7 peratus. Manakala yang terendah ialah respondan yang memiliki tahap pendidikan STPM, ijazah lanjutan dan lain-lain adalah seramai 2 orang sebanyak 4.4 oeratus..serta lain paling akhir yang tidak mempunya tahap pendidikan hanya seorang iaitu 2.2 peratus

5. NEGERI ASAL

Majoriti respondan berasal dari negeri Selangor. Jumlah penduduk asal paling tinggil ialah di negeri selangor sramai 21 orang atau 46.7 peratus manaka kedua tertinggi dari negeri Sembilan seramai 6 orang iaitu 6.7 peratus manakal ketiga tertinggi ialah Indonesia, Johor, dan Terengganu masing-masing seramai 3 orang atau 13.3 peratus dan selebihnya dari negeri Kelantan, Perak, seramai 2 0rang atau 4.4 peratus seterusnya bagi negeri , Kedah, Sabah dan India masing-masing seorang atau 2.2 peratus.

6. TEMPAT TINGGAL SEMASA
Majoriti tempat tinggal semasa respondan adalah di Sepang, Dengkil dan Bandar Baru Salak Tinggi. Jumlah paling tinggi ialah seramai 14 orang atau 31.1 peratus, diikuti Dengkil seramai 13 orang atau 28.9 peratus manakala ketiga di Bnadar Baru salak Tinggi seramai 8 orang atau 17.8 peratus dan selebihnya di bandar-bandar lain seperti dalam graf di bawah.

7. TEMPOH MENETAP DI KEDIAMAN SEMASA
Tempoh menetapdi kediaman semasa bagi setiap respondan amat berbeza..berikut telah di nyatakan dalam graf di bawah

LATAR BELAKANG RESPONDEN DAN JUGA PASANGANYA

8. JENIS PEKERJAAN
pelbagai jenis pekerjaan respondan...pekerjaan yang paling banyak ialah berniaga seramai 7 orang iaitu 15 peratus, manakala sederhana jenis pekerjaan operator pengeluaran, suri rumah, pemandu masing-masing seramai 4 orang iaitu 8.9 peratus yang sedikit bidang-bidang kerja lain..bagi pasangan respondan majoriti tidak bekerja 23 orang iaitu 51.1 peratus..manakala sebagai suri rumah seramai 9 orang iaitu20 peratus dan selebihnya bekerja..



9. ORGANISASI PEKERJAAN
Organisasi respondan adalah terdiri daripada kerajaan, swasta dan sendiri..paling banyak yang bekerja di organisasi swasta seramai 16 0rang iaitu 36.6 peratus, yang kedua di organisasi kerajaan seramai 11 orang iaitu 24.4 peratus..manakala yang sedikit bekerja sendiri seramai 10 orang iaitu 22.2 peratus..manakala pasangan respondan sama sperti respondan ooganisasi swasta paling banyak seramai 6 orang iaitu 13.3 peratus, kedua sendiri seramai 3 orang iaitu 6.7 peratus di ikuti kerajaan seramai 2 orang iaitu 4.4 peratus dan selebihnya semi kerajaan



10. TEMPAT KERJA
Majoriti setiap respondan mempunyai tempat kerja yang berbeza-beza. Tempat kerja yang paling ramai ialah di Bandar Baru Salak Tinggi seramai 8 orang iaitu 17.8 peratus, kedua di dengkil seramai 6 orang iaitu 13.3 orang manakal ketiga tertinggi tempat kerja ialah di putrajaya seramai 5 orang iaitu 11.1 peratus..manakala bagi pasangan respondan tempat kerja yang paling ramai ialah di Sepang dan Bandar Baru Salak Tinggi masing-masing seramai 3 orang iaitu 6.7 peratus selebihnya tiada pekerjaan.


11.BERAPA LAME KERJA

12. PENDAPATAN BULANAN

Graf menunjukkan pendapatan bulanan responden dan pasangan responden.


BAHAGIAN B : TAHAP KEEFISIENAN BANDAR

Dalam bahagian ini, ia mengukur persepsi responden mengenai tahap keefiesinan bandar di kawasan PBT mereka. Pandangan mereka dinilai menggunakan sekala likert yang mengandungi 5 tahap iaitu:

  • TIADA KOMEN =0
  • TIDAK EFISIEN =1
  • KURANG EFISIEN =2
  • EFIESIEN =3
  • SANGAT EFIESIEN =4

I. EKONOMI BANDAR

Dalam Peringkat analisis yang dilakukan adalah berkaitan dengan perpeksi penduduk terhadap "Ekonomi Bandar". Di mana secara keseluruhannya tahap keefisienan bandar bagi ekonomi bandar boleh dikatakan memuaskan tetapi masih tidak mencapai tahap kefisienan bandar. Sebagai contoh berkaitan dengan sektor perkilangan yang menjadi sumber ekonomi bandar tetapi tahap perkilangan adalah kurang efisien berbanding dengan ekonomi pemborongan dan peruncitan yang efisien. Ini dapat di lihat di mana-mana kawasan pemborongan dan peruncitan menjadi sumber ekonomi bandar...walaupun ada sesetengah kawasan daerah Sepang sektor perkilangan tidak begitu banyak..kebanyakakn analisis yang dibuat ekonomi bandar masih efisien...hasilnya tengok la carta ini...




















II. KEMUDAHAN MASYARAKAT, UTILITI DAN SOSIAL
Kemudahan masyarakat memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat madani. Antara peranan penting kemudahan masyarakat adalah seperti berikut:
  • Kemudahan kesihatan berperanan sebagai pusat rawatan dan bimbingan ke arah menuju masyarakat sihat
  • Kemudahan pendidikan berperanan sebagai pusat pendidikan dan ilmu iaitu tempat sasaran pembelajaran dan pengajaran
  • Kemudahan perkhidmatan pos berperanan sebagai pusat tempat masyarakat mendapatkan perkhidmatan berkaitan pos
  • Kemudahan perkhidmatan polis berperanan sebagai pusat memberi khidmat kawalan dan keselamatan negara
  • Perkhidmatan bomba berperanan sebagai pusat yang memberi perkhidmatan bomba dan penyelamat, iaitu tempat masyarakat mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari kerugian kebakaran serta keselamatan nyawa
  • Kemudahan kebajikan berperanan sebagai tempat perlindungan dan pergantungan wargatua dan yang kurang upaya yang tiada tempat perlindungan atau saudara mara, ia juga memberi sistem sokongan masyarakat kepada kumpulan secara tertentu
  • Dewan orang ramai berperanan sebagai tempat pertemuan masyarakat dalam menjalan aktiviti sosial, beriadah, bersukan dan aktiviti kebudayaan di samping menjalankan perhubungan sesama insan
  • Perpustakaan awam berperanan sebagai pusat sumber dan rujukan bagi mewujudkan masyarakat berbudaya membaca dan berilmu.
  • Oleh itu, terdapat 19 soalan dalam bahagian ini dan hasil yang diperolehi seperti berikut.