CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 9, 2008

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

MAJLIS PERBANDARAN SEPANG_LATAR BELAKANG

MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSepang) merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan perbandaran kepada warga Sepang. Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, MAJLIS PERBANDARAN SEPANG bertanggungjawab terhadap Perancangan, Pembangunan dan Khidmat Masyarakat.

Pada mulanya ia dikenali sebagai Lembaga Bandaran Sepang dan kemudian dikenali dengan nama Majllis Daerah Sepang. Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri Selangor melalui mesyuarat MMKN 30/2002 bertarikh 13hb November 2002 telah menaiktaraf MDS kepada MPSepang. Perakuan Suruhanjaya Pilihanraya melalui surat Bil.SPR(S)172/Jilid5/(30) bertarikh 7hb Mei 2003 turut dirujuk bagi kenaikan taraf ini.Akhirnya, Perakuan Jawatankuasa Pembangunan Cyberjaya dalam mesyuaratnya Bil.3/2002 yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara mengesahkan tentang kenaikan taraf MPSepang dan tanggal 3hb Mac 2005 MDS dinaiktaraf kepada MPSepang dan seluruh kawasan Daerah Sepang adalah meliputi kawasan MPSepang iaitu seluas 59,966 kilometer persegi
.

SUMBER BY_mpsepang.gov.my

0 comments: