CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 14, 2008

Penduduk Malaysia

TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA
Kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap sumber-sumber alam di Malaysia.
Taburan penduduk yang berbeza antara kawasan padatdengan kawasan jarang memberikan kesan yang berbeza terhadap sumber-sumber alam di kawasan tersebut. Diantaranya ialah:
1) Tekanan terhadap sumber khususnya sumber tanah.
Kawasan berkepadatan seperti kawasan pantai barat semananjung khususnya yang menjadi tumpuan penduduk seperti di bandar-bandar besar saiz tanahnya menjadi semakin sempit. Perebutan guna tanah untuk petempatan, perindustrian, pengangkutan, perniagaan menyebabkan skala tanah menjadi semakin berkurangan. Seterusnya meningkatkan harga tanah. Disesetengah kawasan pantai barat khususnya di Selangor dan Perak, banyak kawasan tanah pertanian lading getah dan kelapa sawit telah diambil alih untuk dijadikan “estat perumahan” dan “estat perindustrian” bagi menampung keperluan penduduk yang ramai di kawasan tersebut. Dengan itu, ia memberikan pula tekanan kepada sumber-sumber pertanian saiz tani semakin lama, semakin sempit yang kelak boleh menjejaskan produktivitinya.
2) Kepupusan/kehabisan sumber-sumber
Sumber-sumber alam yang ada diancam kepupusan akibat eksploitasi yang berlebihan oleh penduduk yang ramai. Misalnya suber bijih timah di pantai barat sudah hampir pupus. Tumpuan kaum cina di kawasan perlombongan semenjak abad ke-19 lagi menyebabkan sumber-sumber bijih timah berterusan dieksploitasi. Bijih timah dikelaskan sebagai sumber alam yang tidak boleh ganti. Oleh itu, kadar eksploitasi yang berlebihan menyebabkab stoknya akan habis begitu juga dengan sumber-sumber hutan. Hutan-hutan terpaksa dinyahkan untuk pembinaan kawasan perumahan dan industri bagi menampung keperluan penduduk. Akibatnya hutan kehilangan sumber fauna dan floranya,kemusnahan rantaian makananya, ekosistem serta kehilangan habitat biodiversitinya.
3) Pencemaran dan kerosakan sumber
Sumber-sumber dan air tercemar di kawasan menjadi tumpuan penduduk. Misalnya pencemaran air sungai Gombak dan Klang akibat tumpuan setinggan di sepanjang tebingnya. Kadar pencemaran sumber biasanya sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk. Sumber air tercemar melalui pembuangan sisa domestik seperti sampah sarap, enfluen industri dan lain-lain. Sumber udara di bandar pula tercemar akibat pelepasan bahan-bahan pencemar khususnya karbon monoksida, sulfur dioksida, karbon dioksida, hidro karbon di samping partikal-partikal terampai seperti debu, habuk, asap jelaga dan sebagainya oleh industri dan kenderaan. Selain itu, sumber tanah pula mengalami hakisan dan runtuhan akibat penerokaan yang berlebihan oleh penduduk khususnya dalam proses pembinaan petempatan
4) Pembaziran sumber.
Bagi kawasan yang jarang penduduk maka sumber-sumber ada akan terbiar begitu sahaja kerana kekurangan tenaga buruh untuk mengusahakannya, misalnya sumber tanah. Banyak kawasan luar bandar di Malaysia seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang terbiar tanpa diusahakan . Sumber-sumber pertanian dan perikanan juga mengalami krisis tenaga. Sumber-sumber tersebut tidak dapat dibangunkan akibat migrasi golongan muda secara beramai-ramai ke bandar besar. Dalam kes sumber pertanian, Malaysia mengalami krisis tenaga buruh dalam sector perladangan getah dan kelapa sawit sehingga terpaksa menggunakan tenaga buruh import dari Indonesia. Sector perladangan dianggap sebagai sektor yang kritikal mengalami krisis tenaga manusia.
Kesan positif seperti pembangunan sumber akan meningkat.
Di sesuatu kawasan yang berkepadatan penduduk tinggi, sumber-sumber alam yang ada boleh dibangunkan dengan cepat dan cekap oleh kerana adanya penawaran tenaga buruh yang ramai dan murah. Sebagai contoh, sumber bijih timah pada zaman dahulu boleh di usahan dan dimajukan hanya dengan kebanjiran migran Cina ke kawasan pantai barat semenanjung. Begitu juga dengan sumber petroleum pada masa kini, sama ada di Kertih atau di Miri, Sarawak boleh dimajukan dengan adanya penduduk yang ramai di kawasan tersebut yang menyediakan tenaga kerja yang mencukupi.

0 comments: