CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 3, 2008

Konsep bandar baru

Perancangan fizikal sesebuah Bandar adalah bergantung kepada keadaan sesebuah tempat itu. Secara umumnya Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur sudah tidak lagi dapat menampung penduduk yang kian bertambah dan dengan itu adalah perlu penubuhan Bandar-bandar baru supaya pembangunan dapat diarahkan keluar dari Kuala Lumpur yang telah sesak ini. Objektif ini terkandung dalam Rancangan Malaysia Ketiga dan Keempat, iaitu untuk mengawal sesebuah kawasan metropolitan daripada pertumbuhan yang berlebihan.Strategi kerajaan dalam membangunkan sesebuah Bandar ialah untuk menyeimbangkan wilayah-wilayah dari segi kemudahan Bandar dan juga dari segi pendapatan. Dengan ini perlulah dibangunkan pusat-pusat Bandar di negeri-negeri yang kurang maju dan mengadakan hubungan yang lebih bermakna antara wilayah-wilayah. Pembukaan Bandar baru adalah didorong oleh perkembangan penduduk yang meningkat ketahap maksimum yang berlaku di Bandar-bandar sedia ada. Ebenezer Howard (1928-1950) telah menemui satu konsep bagi mengawal atau mengehadkan perkembangan sesebuah Bandar iaitu dengan mencadangkan satu pusat bagi setiap kawasan yang telah ditentukan serta bilangan penduduk yang terhad (Osborn, 1963:476) beliau mencadangkan bilangan yang optimum seramai 30 ribu orang dan pusat Bandar yang dirancang perlu mengandungi empat prinsip asas iaitu:i. pengehadan penduduk dan kawasan;ii.pelbagai peluang ekonomi dan berdikari;iii.pembukaan Bandar di kawasan yang baru;iv.pengawalan dan perancangan guna tanah.Keseluruhannya idea beliau lahir daripada konsep ‘bandar taman’ yang bertujuan untuk memenuhi kehendak dan keselesaan penduduk.

0 comments: