CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 10, 2008

Rasonal bandar baru

Rasional pembentukan Bandar Baru Putrajaya sebagai bandar pentadbiran dan Bandar Baru Bangi sebagai bandar pendidikan mempunyai matlamtnya yang tersendiri. Bagi membentuk bandar-bandar tersebut, pihak kerajaan Malaysia telah mengadakan perancangan kemajuan bandar yang begitu terancang bagi mewujudkan sebuah bandar yang digelar dengan bandar pentadbiran dan pendidikan yang memenuhi ciri-ciri yang di lengkapi dengan pelbagai kemudahan social, utiliti dan infrastrukturnya untuk tempoh jangka masa yang panjang. Contohnya Bandar putrajaya sebagai pusat kepada pentadbiran kerajaan Malaysia telah mengangkat darjat dan harakah bangsa Malaysia sebagai bangsa yang bertamadun. Peralihan pusat pentadbiran daripada Kuala Lumpur ke Putrajaya menjadi bandar pentadbiran yang mempunyai banyak rasional dan kebanyakannya memberi manfaat yang begitu banyak kepada para penduduk begitu juga dengan kewujudan Bandar Baru Bangi sebagai bandar pendidikan. Rasional pembentukan bandar baru tersebut yang pertama adalah, bagi mengurangkan pencemaran. Aktiviti perindustrian yang berpusat di Kuala Lumpur telah menyebabkan kejadian pencemaran yang semakin meningkat. Tambahan pula asap-asap kenderaan yang telah dikeluarkan oleh kereta penduduk yang terlalu ramai memiliki kenderaan. Tetapi setelah wujudnya bandar baru ini kesan pencemaran semakin berkurangan ekoran daripada wujudnya perkhidmatan awam seperti komuter. Rasional pembentukan bandar baru yang seterusnya ialah mengurangkan kepadatan penduduk di Kuala Lumpur. Perpindahan kawasan pentadbiran dan pendidikan telah menyebabkan sebilangan penduduk turut berpindah ke kawasan baru bagi memenuhi komitmen pekerjaan masing-masing. Perkara ini telah mengurangkan kepadatan penduduk di Kuala Lumpur. Rasional yang ketiga ialah bagi mengurangkan pengangguran yang telah berleluasa di Malaysia. Dengan kewujudan bandar baru, maka banyaklah peluang-peluang pekerjaan yang wujud. Sebagai contoh, di Putrajaya terdapat 16 Jabatan di Kementerian Kerajaan. Jabatan-jabatan ini sudah tentunya memerlukan pekerja yang ramai. Keadaan yang sama juga turut berlaku di kawasan Bandar Baru Bangi iaitu pembukaan pelbagai tempat pendidikan seperti Universiti Kebangsaan Mlaysia, Institut Latihan Kehakiman dan sebagainya telah menyebabkan banyak peluang kerja di tawarkan. Oleh yang demikian, kadar pengangguran dapat dikawal dengan kewujudan kedua-dua buah bandar. Rasional yang keempat ialah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang telah berlaku di Kuala Lumpur. Seperti yang telah kita ketahui, pusat pentadbiran yang selama ini berpusat di Kuala Lumpur telah menyebabkan penduduk lebih tertumpu di kawasan Kuala Lumpurmengalami kesesakan lalu lintas yang amat teruk. Tetapi setelah pusat pentadbiran berpindah ke Putrajaya, kesesakkan lalu lintas yang berlaku dapat dikuranjan. Kewujudan Bandar Baru Bangi sebagai bandar pendidikan juga sedikit sebanyak telah mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dimana para pelajar dan kakitangan universiti tidak lagi perlu bertumpu di pusat bandar iaitu Kuala Lumpur. Keseragaman pentadbiran boleh dicapai sekiranya sesuatu pentadbiran itu berada berpusat di satu kawasan yang sama. Hal ini akan menyebabkan pentadbiran negara dapat berjalan dengan lancar dan berkesan dan seterusnya dapat memudahkan aktiviti pentadbiran serta dapat menjalankan pengkhususan kerja dengan licin dan mudah tanpa menghadapi sebarang masalah. Pentadbiran yang seragam akan mewujudkan satu pentadbiran yang cekap dan berkesan. Tujuan inilah yang menyebabkan anasir luar takut untuk menjadikan negara kita sebagai tanah jajahan.

0 comments: