CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 19, 2008

SECOND DAY AT FIELD WORK
Kumpulan kami meneruskan lagi kajian dan lokasi seterusnya ialah di Sepang Lama pada Hari Ahad,19-10-2008. Berbeza dengan hari pertama di fillwork, Sepang lama merupakan pekan kecil dan apa yang dilihat dari mata kasar saya,ia adalah sebuah pekan yang agak suram kerana aspek pembangunan agak lempab di kawasan tersebut berdasarkan bangunan2 yang terdapat di situ merupakan bangunan2 yang lama,imej bandar yang slow dan tidak begitu menarik berbanding Dengkil...
Di Sepang Lama juga, isu hangat yang menjadi bualan para penduduk di sekitar itu juga ialah isu ketiadaan air sejak 3 4 hari lalu ekoran daripada masalah 3 paip besar besar utama pecah di kawasan yang berhampiran, yang menyebabkan Sepang Lama juga tidak ketinggalan menerima tempias masalah tersebut...Setibanya kami di lokasi,kelihatan beberapa penduduk sedang mengambil air daripada paip air bojor di tepi jalan untuk keguanaan harian.Ini menjadi masalah bagi penduduk untuk menjalankan kehidupan seharian..Ada segelintir penduduk yang ditemubual menyatakan rasa tidak puas hati kepda kerajaan bhawa kerajaan tidak menjalankan tugas dan mengenepikan kebajikan rakyat kerana tiada bantuan bekalan air yang disalurkan dengan cukup,kata mereka.Yang menyedihkan,penduduk di perkampungan orang asli berdekatan iaitu di kampung Bukit Bangkong,mereka terputus bekalan air selama dua hari tanpa bekalan daripada lori air yang menghantar bekalan air ke kampung mereka..Merepa juga mengemukakan rasa berharap agar masalah ketiadaan bekalan air ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin untuk mereka menjalankan kehidupan mereka dengan normal...

Friday, October 17, 2008

Persepsi Masyarakat_Dengkil

Semasa menjalankan temubual bersama responden di Dengkil, banyak pengetahuan yang saya perolehi..Sebelum ini, saya menganggap Dengkil merupakan kawasan yang kurang maju kerana tiada pengetahuan mengenai Dengkil.Setelah menjalankan survei dan membuat kajian, saya mengetahui yang Dengkil sebuah kawasan yang berpotensi untuk maju.Sesetengah responden yang ditemubual mengenai Dengkil, mereka sangat berpuas hati dengan tahap perkembangan Dengkil pada masa sekarang berbanding tahun-tahun sebelumnya..Mereka mengatakan tahap perkembangan Dengkil pada masa sekarang adalah disebabkan berdekatan dengan SEpang dan juga Putrajaya.Secara tak langsung,Dengkil juga menerima tempias kemajuan pembangunan di sana..Itu yang menyebabkan Dengkil mempunyai hampir kesemua kemudahan dan tahap pembangunan juga dikatakan agak membangun..
Responden juga menyatakan bahawa satu kemudahan yang kurang terdapat di Dengkil ialah kemudahan tempat untuk menunggu bas atau bus stop..ia mungkin diebabkan kesukaran untuk mendapatkan ruang untuk membinakemudahan tersebut untuk kemudahan penduduk.Ini menjadi masalah kepada penduduk untuk menunggu bus pada hari hujan dan panas juga..mereka berharap Pihak berkuasa dapet menyediakan kemudahan menunggu bus dan teksi ini dengan secepat mungkin bagi keselesan para penduduk di c2..

Thursday, October 16, 2008

PENGALAMAN DI FIELD WORK_first day

Assalamualaikum semua wahai pembaca blog...
Kumpulan kami menjalankan kajian di daerah Sepang..Kami telah turun ke lapangan pada hari khamis 16-10-2008 untuk mendapatkan responden bagi membantu menjalankan penyelidikan mengenai tahap kecekapan di daerah tersebut.Bagi menjalankan kajian tersebut,kami hanya memilih 3 kawasan utama sahaja iaitu DENGKIL, BANDAR BARU SALAK TINGGI dan juga SEPANG LAMA.
Pada hari tersebut, kami memulakan survei di kawasan DENGKIL dan BANDAR BARU SALAK TINGGI..Tujuan utama mendapatkan responden ialah untuk mendapatkan maklum balas penduduk di kawasan tersebut mengenai tahap perkembangan bandar di situ.Sasaran utama kami untuk mendapatkan responden ialah di kawasan perumahan atau taman-taman, rumah kedai,dan tempat yang terdapat orang ramai.
Apa yang hendak di kongsi bersama di sini ialah,kesukaran bagi mendapatkan responden untuk ditemubual.Memang tidak dinafikan bahawa ia menjadi satu masalah bagi kami untuk menemuramah penduduk di situ kerana terdapat penduduk sukar memberikan kerjasama kepada kami.mereka memberi pelbagai alasan untuk tidak ditemuramah antaranya sibuk,tidak tahu,dan macam2 lagi.pening juga saya dibuatnya..Paling yang menyedihkan,kaum cina adalah kaum yang paling susah untuk ditemubual..kesemua kawasan yang kami pergi,kebanyakan cina tidak mahu memberikan kerjasama walaupun seminit..kaum melayu dan india ok jer..Bagi segelintir responden,mereka memberikan kerjasama yang amat baik sehinggakan membantu menghantar kami ke tempat lain untuk meneruskan survei kami.terima kasih diucapkan.
Pada hari tersebut juga ,cuaca pun tidak mengizinkan untuk neneruskan survei kerana hujan lebat dengan kilat membantutkan kajian kami di kawasan tersebut..berbeza pula pada sebelh tengahari, cuaca sangat panas bagai nak pecah kepala kami ni dibuatya sampai terpaksa pergi membeli payung di kedai berhampiran..Tetapi apa yang kami lalui semasa di lapangan adalah pengalaman beharga semasa belajar di UKM..

ANGKARA PENGOREK PASIR DI DENGKIL

DENGKIL: Kerakusan pihak tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan dengan mengorek pasir menyebabkan tiga paip utama di Kampung Revolusi Hijau di sini yang membekalkan air ke daerah Sepang, Kuala Langat dan Hulu Langat, pecah.Akibatnya, kira-kira 75,000 akaun atau dianggarkan 350,000 pengguna di tiga kawasan terbabit mengalami gangguan bekalan air mulai pagi semalam.Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Datuk Lee Miang Koi, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada aktiviti mengorek pasir berhampiran kawasan berkenaan.“Siasatan awal mendapati tiga batang paip bersaiz 1,500 milimeter (mm), 1,200mm dan 1,050mm di Kampung Revolusi Hijau pecah dan kami syak ia disebabkan kerja mengorek pasir.“Sehubungan itu, kami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang kira-kira jam 12 tengah hari tadi (semalam) supaya siasatan terperinci dijalankan.

“Sekiranya terbukti paip berkenaan pecah akibat kegiatan mengorek pasir, kami akan menuntut ganti rugi daripada pihak terbabit,” katanya ketika ditemui ketika meninjau ke kawasan paip pecah terbabit, petang semalam. Hadir sama, Pengarah Eksekutif Operasi Syabas, V Subramaniam. Berikutan kejadian itu, Lee berkata, Syabas mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah bagi memastikan masalah itu dapat diatasi segera selain melantik kontraktor serta-merta untuk kerja pembaikan tiga paip itu.“Kami sudah menggerakkan 33 lori tangki bagi membekalkan air buat sementara waktu kepada tiga kawasan terbabit, manakala sembilan lori tangki diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bergantung kepada permintaan.“Kami turut menyediakan 438 tangki statik di kawasan yang dikenal pasti bagi memudahkan penduduk mendapat bekalan air dan membuka pusat operasi krisis 24 jam di ketiga-tiga daerah terbabit,” katanya.Lee berkata, tempoh gangguan tidak dapat dipastikan kerana ia membabitkan paip utama yang memerlukan jangka masa panjang dan dianggarkan tempoh tiga hari dari tarikh pembaikan paip berkenaan.“Lagipun kami terpaksa membuat jajaran semula sejauh 200 meter berikutan paip berkenaan tidak selamat untuk digunakan.“Kami juga perlu mendapat kelulusan Pejabat Daerah Sepang kerana jajaran baru membabitkan tanah orang kampung,” katanya.Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol, 1800-88-5252.Sementara itu, tinjauan Harian Metro ke kawasan berkenaan mendapati parit kecil berhampiran paip utama itu mengalami hakisan, manakala laluan ke ladang kelapa sawit terputus akibat tanah runtuh.Malah, terdapat kesan parit berkenaan dikorek, seolah-olah empangan untuk melebarkan kawasan itu bagi mengelakkan air mengalir ke kawasan pengorekan pasir.Seorang saksi, Munirin Rahmah, 35, berkata ketika dalam perjalanan ke ladang kelapa sawit berhampiran kawasan itu kira-kira jam 8 pagi, dia mendapati terdapat kesan tanah runtuh di sekitar parit.“Semalam hujan lebat, jadi air parit ini melimpah...saya percaya pihak yang mengorek pasir cuba membuat empangan dengan melebarkan kawasan parit dan dihadang beberapa batang pokok kelapa sawit.“Tetapi, empangan itu tidak dapat menampung jumlah air yang terlalu banyak, lalu meruntuhkannya sebelum mengalir ke kawasan pengorekan pasir,” katanya.


HARIAN METRO_17 OKTOBER 2008

Sunday, October 12, 2008

THE MINES BANJIR!! KENAPE?














Mines shopping compleks
The mines tidak asing lagi bagi penduduk yang tinggal berhampiran Serdang,Bangi dan kawasan yang berhampiran.Ia merupakan satu tempat membeli belah yang agak menarik kerana terdapat banyak kedai dan juga tempat beriadah yang sesuai bersama keluaga dan juga teman.
Satu keunikan The Mines Resort adalah kerana terdapat Tasik di dalamnya.Ia juga menyediakan kemudahan bot untuk para pengunjung menikmati keindahan tasik di sekitar mines tersebut.
Apa yang hendak saya kongsikan bersama pembaca blog ini adalah isu banjir di Mines Shopping kompleks..Saya merupakan pengunjung setia mines, pada 12 0ktober iaitu pada hari ahad tingkat paling bawah mines telah mengalami banjir akibat berlakunya hujan lebat selam 2 jam tanpa henti pada petang tersebut..Ekoran dari itu,tasik mines tidak dapat menampung limpahan air hujan dan menyebabkan air hujan melimpah sampai ke tingkat paling bawah mines tersebut..ini kerana di tangah shopping kompleks tersebut terdapat laluan tasik mines menyebabkan air melimpah ke kawasan yang berhampiran.
Akibat daripada itu,kedai2 yang berada di tingkat tersebut terpaksa menutup premis mereka kerana air sudah masuk ke dalam kedai mereka.Lantai floor tersebut juga kelihatan kotor akibat dinaiki lumpur yang dibawa oleh air hujan berkenaan.Para pekerja yang berada di situ,terpaksa membersihkan kawasan tersebut setelah air mulai surut selepas hujan berhenti.
Apa yang hendak disampaikan disini ialah,mengapa isu banjir masih lagi berlaku di kawasan bandar?? adakah sistem longkang,perparitan yang terdapat di sekitar tersebut tidak cekap atau tidak efisyan? Seperti yang kite ketahui, kawasan bandar adalah kawasan paling senang mengalami masalah banjir kilat. Walaupun ada pihak yang menangani masalah ini,tetapi isu ini sering menjadi topik hangat pada masa sekarang..

disini marilah kite same2 memikirkan cara bagaimana hendak menangani isu banjir kilat yang berlaku pada masa kini....

Saturday, October 11, 2008

DATA PENDUDUK
Anggaran Penduduk Daerah Sepang Mengikut Tahun, 2001 - 2006

TAHUN PENDUDUK ('000)
2001 117.9
2002 121.6
2003 125.5
2004 129.6
2005 133.9
2006 138.1

Sumber : Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor
Jabatan Perangkaan Malaysia
Jabatan Pendaftaran Negara

SEPANG_INFO DEMOGRAFI

DATA KELUASAN SEPANG

Keluasan Mukim Dengkil - 29,983.00 hektar

Keluasan Mukim Sepang - 19,189.12 hektar

Keluasan Mukim Labu - 10,793.88 hektar

Keluasan Daerah Sepang - 59,966.00 hektar

Keluasan KLIA - 10,000.00 hektar

Keluasan Cyberjaya - 2,885.21 hektar

Thursday, October 9, 2008

KELUASAN KESELURUHAN KAWASAN SEPANG

Kumpulan saya akan menjalankan kajian mengenai PBT di kawasan Sepang. Kawasan Sepang kesuluruhanya mempunyai keluasan sebanyak 59.996 hektar. Kawasan Sepang Juga dibahagikan kepada 3 mukim utama iaitu:

Kawasan Dengkil ( 29.395) hektar persegi

Kawasan Sepang ( 20.441) hektar persegi

Kawasan Labu ( 29.395) hektar persegi

Keseluruhan kawasan Sepang ( 59.996) hektar persegi

Tanggungjawab MPSepang

Aktiviti Utama MPSepang


-Merancang dan mengawal pembangunan secara tersusun, sejahtera dan seimbang.


-Menyediakan kemudahan dan prasarana yang lengkap dan terkini bagi menggalakkan

pertumbuhan sosioekonomi bagi Warga Pembandaran.


-Menyediakan perkhidmatan kawalselia kebersihan dan kesihatan serta kawalan penyakit berjangkit dengan berkesan dan menyeluruh.


-Menyediakan landskap yang indah dan menarik.


-Melaksanakan pencukaian dan pengurusan harta sebagai sumber utama hasil.


-Melesenkan dan mengawal aktiviti perniagaan, iklan dan penjaja.


-Menguatkuasakan undang-undang dengan tegas, adil dan saksama.