
“Sekiranya terbukti paip berkenaan pecah akibat kegiatan mengorek pasir, kami akan menuntut ganti rugi daripada pihak terbabit,” katanya ketika ditemui ketika meninjau ke kawasan paip pecah terbabit, petang semalam. Hadir sama, Pengarah Eksekutif Operasi Syabas, V Subramaniam. Berikutan kejadian itu, Lee berkata, Syabas mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah bagi memastikan masalah itu dapat diatasi segera selain melantik kontraktor serta-merta untuk kerja pembaikan tiga paip itu.“Kami sudah menggerakkan 33 lori tangki bagi membekalkan air buat sementara waktu kepada tiga kawasan terbabit, manakala sembilan lori tangki diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bergantung kepada permintaan.“Kami turut menyediakan 438 tangki statik di kawasan yang dikenal pasti bagi memudahkan penduduk mendapat bekalan air dan membuka pusat operasi krisis 24 jam di ketiga-tiga daerah terbabit,” katanya.Lee berkata, tempoh gangguan tidak dapat dipastikan kerana ia membabitkan paip utama yang memerlukan jangka masa panjang dan dianggarkan tempoh tiga hari dari tarikh pembaikan paip berkenaan.“Lagipun kami terpaksa membuat jajaran semula sejauh 200 meter berikutan paip berkenaan tidak selamat untuk digunakan.“Kami juga perlu mendapat kelulusan Pejabat Daerah Sepang kerana jajaran baru membabitkan tanah orang kampung,” katanya.Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol, 1800-88-5252.Sementara itu, tinjauan Harian Metro ke kawasan berkenaan mendapati parit kecil berhampiran paip utama itu mengalami hakisan, manakala laluan ke ladang kelapa sawit terputus akibat tanah runtuh.Malah, terdapat kesan parit berkenaan dikorek, seolah-olah empangan untuk melebarkan kawasan itu bagi mengelakkan air mengalir ke kawasan pengorekan pasir.Seorang saksi, Munirin Rahmah, 35, berkata ketika dalam perjalanan ke ladang kelapa sawit berhampiran kawasan itu kira-kira jam 8 pagi, dia mendapati terdapat kesan tanah runtuh di sekitar parit.“Semalam hujan lebat, jadi air parit ini melimpah...saya percaya pihak yang mengorek pasir cuba membuat empangan dengan melebarkan kawasan parit dan dihadang beberapa batang pokok kelapa sawit.“Tetapi, empangan itu tidak dapat menampung jumlah air yang terlalu banyak, lalu meruntuhkannya sebelum mengalir ke kawasan pengorekan pasir,” katanya.
HARIAN METRO_17 OKTOBER 2008
0 comments:
Post a Comment