CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 17, 2008

Persepsi Masyarakat_Dengkil

Semasa menjalankan temubual bersama responden di Dengkil, banyak pengetahuan yang saya perolehi..Sebelum ini, saya menganggap Dengkil merupakan kawasan yang kurang maju kerana tiada pengetahuan mengenai Dengkil.Setelah menjalankan survei dan membuat kajian, saya mengetahui yang Dengkil sebuah kawasan yang berpotensi untuk maju.Sesetengah responden yang ditemubual mengenai Dengkil, mereka sangat berpuas hati dengan tahap perkembangan Dengkil pada masa sekarang berbanding tahun-tahun sebelumnya..Mereka mengatakan tahap perkembangan Dengkil pada masa sekarang adalah disebabkan berdekatan dengan SEpang dan juga Putrajaya.Secara tak langsung,Dengkil juga menerima tempias kemajuan pembangunan di sana..Itu yang menyebabkan Dengkil mempunyai hampir kesemua kemudahan dan tahap pembangunan juga dikatakan agak membangun..
Responden juga menyatakan bahawa satu kemudahan yang kurang terdapat di Dengkil ialah kemudahan tempat untuk menunggu bas atau bus stop..ia mungkin diebabkan kesukaran untuk mendapatkan ruang untuk membinakemudahan tersebut untuk kemudahan penduduk.Ini menjadi masalah kepada penduduk untuk menunggu bus pada hari hujan dan panas juga..mereka berharap Pihak berkuasa dapet menyediakan kemudahan menunggu bus dan teksi ini dengan secepat mungkin bagi keselesan para penduduk di c2..

0 comments: