CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 12, 2008

THE MINES BANJIR!! KENAPE?














Mines shopping compleks
The mines tidak asing lagi bagi penduduk yang tinggal berhampiran Serdang,Bangi dan kawasan yang berhampiran.Ia merupakan satu tempat membeli belah yang agak menarik kerana terdapat banyak kedai dan juga tempat beriadah yang sesuai bersama keluaga dan juga teman.
Satu keunikan The Mines Resort adalah kerana terdapat Tasik di dalamnya.Ia juga menyediakan kemudahan bot untuk para pengunjung menikmati keindahan tasik di sekitar mines tersebut.
Apa yang hendak saya kongsikan bersama pembaca blog ini adalah isu banjir di Mines Shopping kompleks..Saya merupakan pengunjung setia mines, pada 12 0ktober iaitu pada hari ahad tingkat paling bawah mines telah mengalami banjir akibat berlakunya hujan lebat selam 2 jam tanpa henti pada petang tersebut..Ekoran dari itu,tasik mines tidak dapat menampung limpahan air hujan dan menyebabkan air hujan melimpah sampai ke tingkat paling bawah mines tersebut..ini kerana di tangah shopping kompleks tersebut terdapat laluan tasik mines menyebabkan air melimpah ke kawasan yang berhampiran.
Akibat daripada itu,kedai2 yang berada di tingkat tersebut terpaksa menutup premis mereka kerana air sudah masuk ke dalam kedai mereka.Lantai floor tersebut juga kelihatan kotor akibat dinaiki lumpur yang dibawa oleh air hujan berkenaan.Para pekerja yang berada di situ,terpaksa membersihkan kawasan tersebut setelah air mulai surut selepas hujan berhenti.
Apa yang hendak disampaikan disini ialah,mengapa isu banjir masih lagi berlaku di kawasan bandar?? adakah sistem longkang,perparitan yang terdapat di sekitar tersebut tidak cekap atau tidak efisyan? Seperti yang kite ketahui, kawasan bandar adalah kawasan paling senang mengalami masalah banjir kilat. Walaupun ada pihak yang menangani masalah ini,tetapi isu ini sering menjadi topik hangat pada masa sekarang..

disini marilah kite same2 memikirkan cara bagaimana hendak menangani isu banjir kilat yang berlaku pada masa kini....

0 comments: