CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 19, 2008

SECOND DAY AT FIELD WORK
Kumpulan kami meneruskan lagi kajian dan lokasi seterusnya ialah di Sepang Lama pada Hari Ahad,19-10-2008. Berbeza dengan hari pertama di fillwork, Sepang lama merupakan pekan kecil dan apa yang dilihat dari mata kasar saya,ia adalah sebuah pekan yang agak suram kerana aspek pembangunan agak lempab di kawasan tersebut berdasarkan bangunan2 yang terdapat di situ merupakan bangunan2 yang lama,imej bandar yang slow dan tidak begitu menarik berbanding Dengkil...
Di Sepang Lama juga, isu hangat yang menjadi bualan para penduduk di sekitar itu juga ialah isu ketiadaan air sejak 3 4 hari lalu ekoran daripada masalah 3 paip besar besar utama pecah di kawasan yang berhampiran, yang menyebabkan Sepang Lama juga tidak ketinggalan menerima tempias masalah tersebut...Setibanya kami di lokasi,kelihatan beberapa penduduk sedang mengambil air daripada paip air bojor di tepi jalan untuk keguanaan harian.Ini menjadi masalah bagi penduduk untuk menjalankan kehidupan seharian..Ada segelintir penduduk yang ditemubual menyatakan rasa tidak puas hati kepda kerajaan bhawa kerajaan tidak menjalankan tugas dan mengenepikan kebajikan rakyat kerana tiada bantuan bekalan air yang disalurkan dengan cukup,kata mereka.Yang menyedihkan,penduduk di perkampungan orang asli berdekatan iaitu di kampung Bukit Bangkong,mereka terputus bekalan air selama dua hari tanpa bekalan daripada lori air yang menghantar bekalan air ke kampung mereka..Merepa juga mengemukakan rasa berharap agar masalah ketiadaan bekalan air ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin untuk mereka menjalankan kehidupan mereka dengan normal...

0 comments: