CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 16, 2008

PENGALAMAN DI FIELD WORK_first day

Assalamualaikum semua wahai pembaca blog...
Kumpulan kami menjalankan kajian di daerah Sepang..Kami telah turun ke lapangan pada hari khamis 16-10-2008 untuk mendapatkan responden bagi membantu menjalankan penyelidikan mengenai tahap kecekapan di daerah tersebut.Bagi menjalankan kajian tersebut,kami hanya memilih 3 kawasan utama sahaja iaitu DENGKIL, BANDAR BARU SALAK TINGGI dan juga SEPANG LAMA.
Pada hari tersebut, kami memulakan survei di kawasan DENGKIL dan BANDAR BARU SALAK TINGGI..Tujuan utama mendapatkan responden ialah untuk mendapatkan maklum balas penduduk di kawasan tersebut mengenai tahap perkembangan bandar di situ.Sasaran utama kami untuk mendapatkan responden ialah di kawasan perumahan atau taman-taman, rumah kedai,dan tempat yang terdapat orang ramai.
Apa yang hendak di kongsi bersama di sini ialah,kesukaran bagi mendapatkan responden untuk ditemubual.Memang tidak dinafikan bahawa ia menjadi satu masalah bagi kami untuk menemuramah penduduk di situ kerana terdapat penduduk sukar memberikan kerjasama kepada kami.mereka memberi pelbagai alasan untuk tidak ditemuramah antaranya sibuk,tidak tahu,dan macam2 lagi.pening juga saya dibuatnya..Paling yang menyedihkan,kaum cina adalah kaum yang paling susah untuk ditemubual..kesemua kawasan yang kami pergi,kebanyakan cina tidak mahu memberikan kerjasama walaupun seminit..kaum melayu dan india ok jer..Bagi segelintir responden,mereka memberikan kerjasama yang amat baik sehinggakan membantu menghantar kami ke tempat lain untuk meneruskan survei kami.terima kasih diucapkan.
Pada hari tersebut juga ,cuaca pun tidak mengizinkan untuk neneruskan survei kerana hujan lebat dengan kilat membantutkan kajian kami di kawasan tersebut..berbeza pula pada sebelh tengahari, cuaca sangat panas bagai nak pecah kepala kami ni dibuatya sampai terpaksa pergi membeli payung di kedai berhampiran..Tetapi apa yang kami lalui semasa di lapangan adalah pengalaman beharga semasa belajar di UKM..

0 comments: