CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 19, 2008

BAHAGIAN D

PENGALAMAN BERDEPAN DENGAN KETIDAK-EFISIENAN BANDAR SEPANJANG 5 TAHUN LEPAS

Menurut responden kami temubual, mereka mengalami peristiwa yang menggambarkan ketidak-efisyenan PBT. Antaranya ialah mengenai masalah banjir yang berlaku di sebuah taman perumahan di Dengkil. Masalah yang berlaku ini menyukarkan penduduk untuk berulang alik dari tempat kerje dan menyukarkan para pelajar untuk ke sekolah. Banjir ini akan terjadi pada setiap kali hujan turun dengan lebat kerana terdapat dalam masalah sistem perparitan yang tidak cekap dan maslah longkang yang tidak cekap. Selain itu, masalah pendatang tanpa izin berniaga tanpa lesen. Masalah ini menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan kerana mereka berniaga di tempat-tempat yang tidak sepatutnya mereka melalakukan urusniaga. Secara umumnya, daripada apa yang kami dapat daripada responden, rata-rata nya mengatakan bahawa pihak PBT tidak berapa efisyen dalam menangani masalah penduduk. Tetapi, ada juga yang mengatakan bahawa pengurusan pihak PBT adalah sangat cekap. Pada pendapat kami, itu semua asam garam kehidupan kerana kita semua tidak dapat lari dari kesilapan dan ia haruslah diambil iktibar bersama dan bersedia dalam melakukan perubahan untuk kepentingan bersama.

0 comments: