CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 20, 2008

II. KEMUDAHAN MASYARAKAT, UTILITI DAN SOSIAL
Kemudahan masyarakat memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat madani. Antara peranan penting kemudahan masyarakat adalah seperti berikut:
  • Kemudahan kesihatan berperanan sebagai pusat rawatan dan bimbingan ke arah menuju masyarakat sihat
  • Kemudahan pendidikan berperanan sebagai pusat pendidikan dan ilmu iaitu tempat sasaran pembelajaran dan pengajaran
  • Kemudahan perkhidmatan pos berperanan sebagai pusat tempat masyarakat mendapatkan perkhidmatan berkaitan pos
  • Kemudahan perkhidmatan polis berperanan sebagai pusat memberi khidmat kawalan dan keselamatan negara
  • Perkhidmatan bomba berperanan sebagai pusat yang memberi perkhidmatan bomba dan penyelamat, iaitu tempat masyarakat mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari kerugian kebakaran serta keselamatan nyawa
  • Kemudahan kebajikan berperanan sebagai tempat perlindungan dan pergantungan wargatua dan yang kurang upaya yang tiada tempat perlindungan atau saudara mara, ia juga memberi sistem sokongan masyarakat kepada kumpulan secara tertentu
  • Dewan orang ramai berperanan sebagai tempat pertemuan masyarakat dalam menjalan aktiviti sosial, beriadah, bersukan dan aktiviti kebudayaan di samping menjalankan perhubungan sesama insan
  • Perpustakaan awam berperanan sebagai pusat sumber dan rujukan bagi mewujudkan masyarakat berbudaya membaca dan berilmu.
  • Oleh itu, terdapat 19 soalan dalam bahagian ini dan hasil yang diperolehi seperti berikut.



















0 comments: