CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 19, 2008

III. ULASAN KESELURUHAN KEEFISIENAN BANDAR
Berdasarkan kepada temubual bersama responden mengebai tahap keefisienan bandar, kami mengajukan soalan untuk meminta pandangan mengenai persepsi responden terhadap tahap keefisienan bandar secara keseluruhanya tanpa melihat kepada tempat mereka sahaja..rata-rata responden mengatakan bahawa bandar pada masa sekarang adalah bagus,cekap berbanding sebelum ini yang bersesuaian dengan peredaran zaman..mereka juga mengatakan hasrat supaya pihak berkuasa haruslah meningkatkan lagi tahap kecekapan bandar agar penduduk mendapat manfaat dan hidup dengan selesa.
Terdapat juga responden yang mengutarakan rasa tidak puas hati dari segi sistem pentadbiran yang tidak cekap pada masa sekarang, tiada perubahan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dan masalah yang berkaitan dengan kemudahan awam dan pengangkutan juga diutarakan oleh responden yang peka terhadap isu ini. Responden juga berharap agar ia dapat diatasi demi kebaikan bersama.

0 comments: