CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 20, 2008

III. INFRASTRUKTUR DAN UTILITI

Dalam bahagian ini menjurus dan mengkaji dan meneliti dan tentang keefisenan infrastuktur dan utiliti di kawasan kajian. Elemen ini sangat penting dalam menggerakkan satu-satu kawasan dan menjadikanya lebih cekap lagi.Seperti yang diketahui, kemudahan infrastruktur sangat dititikberatkan oleh penduduk walau di mana mereka tinggal. Ia meliputi kemudahan bekalan air, elektrik, sistem saliran dan sistem pembuangan sampah yang sistematik. Sistem jalan raya atau perhubungan juga mengembangkan lagi satu-satu bandar kerana ia elemen penting dalam menghubungkan satu kawasan ke kawasan lain atau eksessibiliti. Dalam kajian yang kami jalankan, responden yang kami temubual di dengkil melepaskan rasa marah dan ras tidak puas hati kerana sistem bekalanair penduduk terjejas dan pihak PBT disitu tidak menyelesaikan masalah yang mereka hadapi itu dengan cekap sehinggakan mendatangkan masalah kepada mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Responden perlu menentukan tahap keefisenan prasarana yang telah disediakan di kawasan tersebut. Sebanyak 10 soalan telah disediakan dan hasil yang diperolehi seperti berikut:








IV. REKABENTUK, IMEJ DAN LANSKAP BANDAR

Dalam bahagian ini, ia membincangkan tentang rekabentuk, imej dan landskap bandar keatas sesuatu kawasan. Item ini sangat peting kerana mencerminkan bandar itu menarik dan cantik dari pandangan umum..biasanya setiap bandar mepunyai imej yang tersendiri dan temanya yang tersendiri untuk membolehkan ia dikenali.Landskap bandar seperti tanam-tanaman, bunga mengindahkan lagi sesebuah bandar di samping dapat menyegarkan kawasan tersebut.dari segi reka bentuk pula ia meliputi imej dan reka bentuk bangunan-bangunan. samaada bangunan itu baru atau reka bentuk dan cat yang memperlihatkan iany kelihatan buruk atau usang.Selain itu, aspek pencahayaan memainkan peranan penting dalam sesebuah bandar terutamanya pada waktu malam kerana ianya melibatkan aspek keselamatan.Dalam kajian yang telah dijalankan, kami mendapati bandar Sepang Lama tidak mempunyai imej bandar yang menarik dan cekap. Kami berkata demikian kerana pandangan kasar memperlihatkan bandar yang malap dan responden yang ditemubual memberi gelaran Sepang lama adalah "bandar koboy"..bangunan disitu kelihatan buruk dan banyak bangunan kedai yang terbiar dan keadaan ini berbeza dengan keadaan di Bandar baru salak tinggi dan juga Dengkil..bahagian ini terdapat 15 soalan dan analisis daripadanya adalah seperti yang terdapat dalam graf di bawah ini:















V. PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
Aspek atau item ini merupakan komponen bandar yang sangat penting dan ia merupakan faktor eksesibiliti. Ini juga merupakan komponen yang berkaitan dengan komponen-komponen lain seperti ekonomi, politik dan juga perkhidmatan. Pengangkutan mempunyai hubungan dengan pembangunan fizikal di mana ia memainkan peranan penting dalam integrasi ruangan dalam satu-satu komuniti iaitu bergantung kepada jaringan pengangkutan yang sedia ada ataupun disediakan oleh pihak tertentu.Ia juga memudahkan mobiliti penduduk ke satu kawasan dengan kawasan yang lain dan meninggikan darjah ketersampaian kawasan tersebut.










VI. PERDAGANGAN & PERKHIDMATAN

Dalam bahagian ini pula, kami melihat sejauhmanakah keefisenan perdagangan dan perkhidmatan dapat memberi kepuasan kepada pengguna. Ia meliputi medan selera, hospital perkhidamatan insurans dan lain-lain. Kami juga ingin mengetahui persepktif penduduk dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang ada di kawasan kajian iaitu di Sepang. Kemudahan tersebut dari kemudahan untuk membeli-belah sehingga kemudahan bersosial. Dalam bahagian ini, 22 aspek yang menjadi pertimbangan penyelidik. Bahagian-bahagiannya ialah: